Sunday, October 17, 2010

Cover Beg Haji

Musim haji telah tiba ....

Di airport, sedia maklum berjuta-juta beg bakal haji nak diuruskan, so dengarnya sometimes beg hilang/rosak, tag hilang, beg and kain balut beg pun boleh koyak. Camne???

Ini contoh cover beg yang dijual di Mydin. Harga RM15.90 (Mydin ada jual kelengkapan haji/umrah).

Saya jahit tepi kain (both sides) itu dengan kain cotton lain. Tak kisah apa color pun janji boleh nampak dari jauh. InsyaAllah akan buat other "accesories" pada beg itu, supaya nampak lain dari yang lain.

Friday, October 15, 2010

Biru Tote Bag

Kain cotton biru ni pun saya beli di Melaka. Cantik tapi color suram jugak kan?? So saya mix dengan kain biru plain. My kids kata cantik kalau diletak riben di tengah-tengah... ye, saya pernah tengok design yang ada riben tapi masalahnya ..............Saya tak reti buat riben tu .... hehehe

Length = 15"
Width = 14"
Strap = 24"


Ahak .... baru surf cara-cara nak buat riben. Boleh try nanti.

Diaper Bag

Rasa nak menangis masa buat this bag. Rasa macam tertipu dengan tutorial pun ada jugak!!! Saya dapat tutorial ni dari sini. Nampak senangkan!!!??? Tapi saya tak tahu kenapa saya habiskan 1.5 hari untuk selesaikan this bag. Tutorial tak bersalah, saya yang tak pandai !!!

Length = 20"
Width = 28"
Strap = 32"

Jahit quilt di kain kecuali di poket hadapan
Saya guna kain cotton biasa (pink color) dan guna felt sebagai interfacing. Japanese felt and lembut sangat. Saya tak buat ruffles (spt dalam tutorial) sebab rasanya boleh pengsan. Tapi saya gantikan dengan zip ... not bad dan saya sangat suka!!! "Alah bisa, tegal biasa".

Zip dan ada 5 pockets dalam beg ini.
Thinking to make the same diaper bag tapi guna kain warna biru pulak. Amacam, ada berani ????

Green polka-dot

Saya beli kain cotton hijau di Melaka. Cantik tapi colornya macam suram jer.


Saya mix dengan kain polka-dot yang dibeli di Mersing. Kain tu plan nak buat gown anak-anak tapi ilmu tak sampai ke situ lagi ( beginner le katakan!!!)

Length = 15"
Width = 14"
Strap = 24"

Bahagian dalam beg juga gunakan kain polka-dot.

Tengah "mabuk" kain polka-dot sampaikan seluar tidur polka-dot pun berkenan. Saya ada 2 kain polka-dot yang warna lain. Nanti try mix & match dengan kain2 yang ada tu.

Cartoon Tote Bag

The Kitty's 1st bag already sold last weekend. Sebelum terjual, ada yang "usha2" tapi katanya tengoklah dulu. So saya buat lagi satu... Really cute, tu yang tak tahan bila pegang kain Kitty ni.

Length = 15"
Width = 14"


Snoppy - cartoon dolu-dolu. Saya suka design snoopy itu dan juga colornya. Colornya terserlah "sebiji-sebiji" !!!
Length = 15"
Width = 14"

Astronaut Tote Bag

1st time guna kain yang bukan heavy cotton. Actually kain ini dah plan untuk buat bag lain tapi ilham tak sampai-sampai. Tak sabar rasanya nak potong kain ini selepas tengok Datuk Dr SMS's wedding and tema kayangan.

Saya rasa Silver color macam sesuai dengan "Angkasa Lepas" ?? ...

Length = 18"
Width = 14"

Saya guna kertas gam untuk berikan beg ini kukuh. Dan lining gunakan kain yang sama juga.

Monday, October 11, 2010

Bag Experiment

Experiment apa pulak ni ye :-) ??

Actually saya nak buat Grocery bag / beg untuk pasar. Kat rumah ini banyak terima beg (kategori grocery bag) tapi selalunya jenis yang tak boleh nak basuh. Kalau buat dari kain cotton, senang sikit, dah kotor, campak sahaja dalam washing machine kan?

Try to get the measurement. Atlast dapat juga tapi kena panjangkan sikit tali bag coz terlalu kecil for lengan besar macam saya :-)


** At first, saya tak berapa suka kain cotton ini tapi bila dah jadi beg, not bad!!!

Friday, October 1, 2010

Cartoon tote bags

Kemas rumah, nampak kain ... kemas rumah, nampak kain .... mana boleh tahan camni !!! Saya pun menghasilkan Tote bags yang begitu simple without pockets. Bolehlah letak telekung, benda-benda kecil etc.

HELLO KITTY
Length = 15"
Width = 15"


DORAEMON
Length = 16"
Width = 14"


Very cute (perasan :P) sebab guna Hello Kitty & Doraemon fabrics. Anak-anak dah keneng2 Hello Kitty bag tu untuk bawa pergi sekolah KAFA, but ada 1 sahaja kan, berebut pulak nanti. Tunggu kerajinan ibu untuk buat banyak lagi bags.


Have FUN!!!