Thursday, September 15, 2011

Cute Box Bag

Nampak senang tapi LECEH. Hasil memang memuaskan cuma saiz terbesar skit untuk pencil case. (Anak saya plan nak gunakan untuk pencil case.)

Tutorial dari SINI.

Saya gunakan perca from cotton biasa. Dan saya gunakan interfacing untuk outer fabrics. Senang nak ikut tutorial itu tapi kena perlukan imaginasi jugak terutamanya di bahagian cantum zip.



~ Good Luck pada yang nak mencuba :-)

Friday, September 9, 2011

Kemasan Sinki

Saya tinggal di rumah sewa, so takde terpikir nak buat kitchen cabinet. Bukan boleh claim kat tuan rumah pun. Masa pindah pun dah keluarkan banyak duit, so gunakan apa yang ada sahaja.

Sinki ala-kadar sahaja. Basic !!!
Dapur kecil, so tempat2 di bawah sinki ni still boleh letak barang. Cover skit dengan kain, nampak kemas.

Sebelum



Selepas


Saya gunakan lebihan kain sheer dan digantung menggunakan dawai untuk langsir. Kain sheer ni tidak tebal dan tidak berat, so kain tak menarik ke bawah.

Thursday, September 8, 2011

Alas Meja

Busu saya request last minutes sebelum raya untuk buatkan alas meja baru. Saya gunakan kain cotton tebal untuk alas meja ini. Kain cotton tebal berat skit so takde kain tu "bergerak-gerak".

Guna 1 meter sahaja & masih ada perca lebih.


Saya terpaksa balikkan meja untuk dapatkan bentuk permukaan meja ini. Then jahit ropol2 dengan jarak 1.5 inch setiap lipatan ropol itu.



Wednesday, September 7, 2011

Alas kaki

Saya mengemas almari dan terjumpa tuala yang dah berusia 11 tahun. Hadiah kawen dan dah berlubang2.

(1) Lipat 2 tuala itu. Tebal sikit dan dapat cover bahagian yang berlubang.


(2) Gunting ikut size yang kita nak. Saya gunting size 18 inch x 22 inch.


(3) Ambil perca dan gunting ikut kretiviti masing2. Perca cotton lagi elok sebab senang nak jahit dan takde le licin. Jahit perca-perca itu.


(4) Guntingkan lebihan kain di bahagian tepi dan jahit. Di bahagian bawah pula, jangan lupa letak sekeping lagi kain.


(5) Untuk kemasan di bahagian tepi, saya letak macam kun. Ambil kain yang panjang, lipat 2 then seterika. Akan ada 4 garisan. Lepas itu jahit seperti dibawah, terbalikkan dan jahit lagi sekali di bahagian lagi satu.


HASILNYA



Lembut dan best jer kaki memijak sebab guna kain tuala yang tebal dan lembut. Bolehlah letak di dapur. Nak cuci pun senang.