Wednesday, September 7, 2011

Alas kaki

Saya mengemas almari dan terjumpa tuala yang dah berusia 11 tahun. Hadiah kawen dan dah berlubang2.

(1) Lipat 2 tuala itu. Tebal sikit dan dapat cover bahagian yang berlubang.


(2) Gunting ikut size yang kita nak. Saya gunting size 18 inch x 22 inch.


(3) Ambil perca dan gunting ikut kretiviti masing2. Perca cotton lagi elok sebab senang nak jahit dan takde le licin. Jahit perca-perca itu.


(4) Guntingkan lebihan kain di bahagian tepi dan jahit. Di bahagian bawah pula, jangan lupa letak sekeping lagi kain.


(5) Untuk kemasan di bahagian tepi, saya letak macam kun. Ambil kain yang panjang, lipat 2 then seterika. Akan ada 4 garisan. Lepas itu jahit seperti dibawah, terbalikkan dan jahit lagi sekali di bahagian lagi satu.


HASILNYA



Lembut dan best jer kaki memijak sebab guna kain tuala yang tebal dan lembut. Bolehlah letak di dapur. Nak cuci pun senang.

1 comment:

  1. salam ziarah.

    Kreatifnya tuan blogger, akak pun nak cuba juga buat 1 alas kaki tu. dr beli yg baru di supermarket, baik gunakan bahan yg dh ada dirumah.

    Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

    ReplyDelete