Friday, February 11, 2011

Langsir Dapur

Kami baru sahaja pindah rumah iaitu rumah sewa. Di dapur memang tempat kena cahaya matahari dari pagi sampai ke petang and di luar pula memang takde awning yang mungkin boleh kurangkan pancaran matahari masuk ke dapur.



Saya buat langsir untuk dapur dari kain lebihan buat langsir & sofa (sedondon!!). Tingkap dapur memang takde rel untuk pasang langsir jadi saya beli dawai yang khas untuk gantung langsir. Dawai itu ber"spring" di dalam, saya beli 1 meter and bila tak cukup panjang, just tarik dawai itu supaya jadi panjang seperti yang kita nak.

Tadaaa........ Dah ada langsir !!


The making of langsir dapur :-

(1) Bahagian bawah langsir "berombak" - kain yang panjang tu saya lipat beberapa kali hingga dapat saiz "ombak" yang saya nak. Oleh kerana saya takde pembaris lengkung, so saya gunakan pinggan makan untuk buat bentuk lengkung. Then gunting.

(2) Bahagian yang "berombak" tu saya tak jahit tepi tapi saya gunakan ubat nyamuk untuk matikan benang-benang yang terkeluar. Lagi cepat dan pantas!!!

Jangan tiru aksi ini tanpa kebenaran dari yang tersayang ... hehehe

(3) Akhir sekali ropol-ropol hijau itu. Terima kasih kepada mesin jahit Janome yang menyediakan kemudahan ini. Saya pun first time buat ropol guna mesin, senang nak guna tapi beberapa kali juga jarum tercabut and akhirnya patah.

THE END